cikgu:ok semua murid mesti melukis gambar pemandangan ok.....?
semua murid:baik cikgu.......
15min kemudian
cikgu:salman kan tadi cikgu suruh kamu lukis pemandangan....mane
lukisanye..?
salman:lahhhh....cikgu ni kan lukisan nye...
cikgu:ye la......saya tahu ini kertas lukisan awak..tapi mane
lukisan yang saya suruh awak lukis tadi...?
salman:saya dah lukis dah cikgu...
cikgu:awak lukis ape?
salman:saya lukis pemandangan di new zealand cikgu...lembu sedang
sedang makan rumput....
cikgu:yela mane hasilnye(confius)
salman:laaaa......cikgu rumput dah habis lembu makan..hehehe..lembu
dah kenyang blahh laaaaa ape lagi.....hahahahaha.......
cikgu:(tertipu)
Tuesday, 7 June 2011
nasib
setiap hari kite selalu berdoa supaya nasib kite hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini....
Wednesday, 1 June 2011
KHATAN
yeahhhhh......kegembiraan terpancar di wajah kanak-kanak mane tak nye cuti sekolah dah bermula walaupun hanye dua minggu ianya cukup bermakne untuk adik-adik nie berehat merehatkan diri dari sesi pembelajaran disekolah yang belangsung setiap hari....hmmmmm
bagi kanak-kanak yang bergelar hero cuti sekolah ialah mase untuk tunjuk hero,mane tak nye burung makin membesar kalau x sekarang bile lagi...?hahahaha tak kan nak tungu liat kowt...walaupon sakit ianya hanye sedikit demi menjadi lelaki sejati dan memikir mase depan terpakse la berkorban demi cinta pada Allah,manusia,alam dan diri sendiri.Cuti hanye akan dihabiskan didepan tv dan menikmati makanan yang sedap seperti nasi putih ikan bilis dan kicap...walaupon simple ianya sungguh enak bagi si lelaki sejati.
kini hero mama&papa,babi&ibu,mak&abah sudah mula memikirkan pasal cinta dan rumah tangga weeewittttt hehehehehe selamat berkhatan adik-adiku
Tuesday, 31 May 2011
AZAN
5 kali sehari berlansungnya kedengaran suara azan di seluruh dunia yang tak pernah berhenti,kata-kata memuji kepada Illahi serta mengajak sekalian umat
beribadat kepada Allah atas segala nikmat nya yang diberinya keatas muka bumi ini,sesungguhnya hidup ini hanye sementare
sembahyang lah wahai umat islam sebelom anda di sembahyang kan...
beribadat kepada Allah atas segala nikmat nya yang diberinya keatas muka bumi ini,sesungguhnya hidup ini hanye sementare
sembahyang lah wahai umat islam sebelom anda di sembahyang kan...
Saturday, 28 May 2011
KETUM
Pokok Ketum juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Bahan Aktif
• Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi Mitragynine merupakan alkaloid yang utama
• Mitragynine memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu
• Alkaloid Mitragynine diasingkan (isolated) pada tahun 1907
• Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964
• Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine)
• Terdapat perkaitan jauh dengan ‘tryptamine-based psychedelic drugs’ seperti yohimbin, psilosibin dan LSD.
Pelbagai Cara Mengambil Ketum
• Daun segar dikunyah bersama sirih
• Daun kering dihisap bersama tembakau, candu
• Direbus dan minum sebagai sirap/ teh
• Daun segar/ kering ditumbuk halus dan dimakan diikuti
• Dengan air suam. Serbuk juga diletakkan pada lidah untuk kesan gian
• Ekstrak resin mentah dibentukkan kepada gentel kecil yang ditelan atau dicairkan dalam air panas
Penggunaan Tradisional
• Diguna semenjak berzaman-zaman
• Ubat tradisional bagi:
• Merawat cirit birit, demam dan batuk,
• Mengelakkan dari penyakit cacing,
• Meningkatkan selera makan,
• Menambah tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat,
• Diadun dengan herba lain – penawar kepada penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah
Kegunaan-Kegunaan Lain
• Detoksifikasi penagihan metadon (seperti di New Zealand). Pesakit melaporkan kesan mimpi yang sangat jelas (vivid hypnagogic dreams).
• Sebagai stimulan – mempengaruhi mood dan tahap kegelisahan
• Sebagai analgesik – berkesan sebagai ubat pelali seperti Morfin
• Drug narkotik – menghasilkan kesan bak-narkotik dan euforia bak-heroin
• Drug gantian untuk candu
• Penyembuhan sementara untuk penagihan candu kerana ia menghalang gejala tarikan opiate
• Ketum digunakan untuk menghentikan penggunaan drug narkotik secara beransur-ansur; penagih akan berhenti mengambil dadah, keinginan (gian) dan gejala tarikan akan diredakan melalui pengikatan alkaloid mitraginin kepada reseptor delta (Kajian perintis di National Institute of Thai Traditional Medicine, 1999).
Kesan Farmakologi
• Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambil dan tahan selama 6 jam
• Mengurangkan ketegangan otot
• Menindas sistem saraf pusat
• Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive)
• Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil
Mekanisme Tindakan
• Ketum mempunyai beberapa tindakan pindah-silang kepada reseptor Mu – mungkin berhubungkait dengan ciri-ciri ketagih daun ketum iaitu reseptor kappa dan delta tidak berubah dengan penggunaan kronik agonis opiat, tetapi reseptor mu akan terubah dengan teruk (down-regulated), dan seterusnya menyebabkan tolerans dan penagihan.
Kesan Mengikut Tahap Dos
• Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif
• Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod
• Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu
Kesan Sampingan Mitragynine
Kesan Dos Rendah
• Menghalang motivasi
• Ketiadaan minat
• Bosan
• Malas
Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)
• Ransangan
• Peningkatan tenaga fizikal dan batin
• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau
• Kerja yang membosankan
• Suka bercakap, ramah, suka bergaul
• Mudah runsing
Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi)
• Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi
• Berasa tenang
• Hilang dalam alam mimpi
• Merasa gatal atau berpeluh
• Anak mata menjadi sempit
• Merasa loya
Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat)
• Mulut menjadi kering
• Kerap kencing
• Kehilangan selera makan (anoreksia)
• Sembelit
Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama)
• Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan
• Jaundis (penyakit hati)
• Insomnia (payah tidur)
• Psikosis (gila)
• Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi
Kesan Penggunaan Banyak (10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari)
• Banyak tidur
• Hilang keupayaan untuk bekerja
• Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)
• Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)
Gejala Tarikan
• Hidung dan mata berair
• Cirit birit
• Sakit pada otot dan tulang
• Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
• Sintakan otot (muscle jerking)
• Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
• Mudah meradang
• Hilang keupayaan bekerja
Risiko
• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan
• Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran
• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,
• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah
• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian
Dari Aspek Perundangan
• Dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand
• Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943
• Memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan
• Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik yang
• Disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)
Hukuman
• Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.
Wednesday, 25 May 2011
MELAYU
fikiran orang MELAYU yang tak penah maju dari dulu sampai sekarang same jer...kalo tak jage tepi kain orang tak sah...tak boleh tengok orang lain senang ade je yang tak puas hati....sampai sanggup mensyirikan Allah....hmmmm
kalau tengok laki muka pecah rumah dapat awek cun jer....
MELAYU cakap mesti awek tu kene bomoh...
kalau orang kampung pakai kereta besar...
MELAYU cakap mesti kene nombor atau jual dadah..
kalau anak jiran pakai banyak motor..
MELAYU cakap mesti budak tu kerja curi motor..
kalau anak jiran dapat pangkat besar...
MELAYU cakap mesti die ade orang dalam atau main ngan bos..
kalau tengok perempuan kawin ngan laki berumur sikit...
MELAYU cakap mesti budak perempuan tu rampas laki orang..
ubahlah wahai MELAYU sampai bile nak bertakuk dengan perangai lame?...kalo macam nie sampai bile pon MELAYU takkan maju...majukan fikiran dahulu barulah majukan bangsa.....
kalau tengok laki muka pecah rumah dapat awek cun jer....
MELAYU cakap mesti awek tu kene bomoh...
kalau orang kampung pakai kereta besar...
MELAYU cakap mesti kene nombor atau jual dadah..
kalau anak jiran pakai banyak motor..
MELAYU cakap mesti budak tu kerja curi motor..
kalau anak jiran dapat pangkat besar...
MELAYU cakap mesti die ade orang dalam atau main ngan bos..
kalau tengok perempuan kawin ngan laki berumur sikit...
MELAYU cakap mesti budak perempuan tu rampas laki orang..
ubahlah wahai MELAYU sampai bile nak bertakuk dengan perangai lame?...kalo macam nie sampai bile pon MELAYU takkan maju...majukan fikiran dahulu barulah majukan bangsa.....
dulu lain sekarang lain.....
DULU
kalau dulu org cakap duit x menjamin kebahagian..
tapi SEKARANG
kalau takde duit takkan bahagia lahh......
DULU
nak tengok perempuan free hair susah sangat..
tapi SEKARANG
nak tengok perempuan bertudung lagi susah..
kalau dulu org cakap duit x menjamin kebahagian..
tapi SEKARANG
kalau takde duit takkan bahagia lahh......
DULU
nak tengok perempuan free hair susah sangat..
tapi SEKARANG
nak tengok perempuan bertudung lagi susah..
Champions League Final
glory glory man united.....
wemberly..wemberly..
we're the famous man united
wemberly..wemberly..
we're the famous man united
yeahhhhhh.......
Friday, 13 May 2011
diploma show
semester akhir aku akhirnya...yeahhhhhh..sebak hati nak tinggalkan pengalaman 3tahun aku kat uitm perak ni...hmmmmm..banyak sgt kenangan aku kat sini,3tahun nie gak la aku banyak menghabiskan duit mak&abah terima kasih heeeee...adeq janji akan balas jase mak&abah insyaallah...dr 3tahun lepas aku dah hasilkan banyak karya aku sekarang karya teragung aku akan ku pamerkan untuk aku tamatkan diploma nie insyallah berjaya aminnnnn.....
kawan sesengal....
work cool...
family gathering..
meeting time...
presentation product...
bowling time...
major & minor product....
Tuesday, 3 May 2011
NORMA
ade pertemuan ade perpisahan,
ade permulaan ade pengakhiran,
ade pintu depan ade pintu belakang,
ade kesukaan ade kesedihan,
ade kehidupan ade kematian,
ade perkahwinan ade penceraian,
ade pergaduhan ade pendamaian,
ade yang pertama ade yang terakhir,
ade kesempitan ade keluasa,
Subscribe to:
Posts (Atom)